Thursday, 15 June 2017

Mengembara ke Negara Jepun #1


Pada tanggal 10 Mei 2017 jam 6.00 petang, aku sekeluarga telah selamat menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Jepun. Lokasi pengembaraan pertama kami adalah di kaki Gunung Fuji, Kawaguchiko.

Dari Narita Airport kami menuju ke Shinjuku Station bagi mendapatkan perkhidmatan  bas express menuju ke Kawaguchiko Station.

11 Mei 2017


Lokasi Koe’s House (bewarna oren) iaitu lokasi penginapan kami yang dekat dengan Kawaguchiko Station sangat memudahkan pergerakan kami
Pemandangan Gunung Fuji dari puncak Gunung Kachi Kachi. Naik ke sini tidak perlu mendaki, perkhidmatan kereta kabel disediakan

Pemandangan Gunung Fuji dari  tepi Tasik Kawaguchiko
12 Mei 2017


Pemandangan indah semasa Shibazakura Festival. Tetapi sayang, Gunung Fuji masih malu-malu untuk menonjolkan diri  pada masa ini, masih berselindung di balik awan yang putih

Pertama kali menikmati ' Rainbow Trout With Salt'  yang disalai...

Tukang salai ikan trout..;-)
Mencuba keledek manis Jepun yang di panggang..maniss ooo..

No comments:

Post a Comment

SELAMAT HARI RAYA

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Sempena kedatangan bulan syawal ini, saya dan keluarga menyusun sepuluh jari memo...