Saturday, 24 June 2017

SELAMAT HARI RAYA

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Sempena kedatangan bulan syawal ini, saya dan keluarga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari semua rakan taulan..semoga kehadiran syawal pada kali ini dapat memberi sinar kebahagiaan kepada semua..





Ikhlas: Muhammad Zahid & keluarga.

Thursday, 15 June 2017

Mengembara ke Negara Jepun #1


Pada tanggal 10 Mei 2017 jam 6.00 petang, aku sekeluarga telah selamat menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Jepun. Lokasi pengembaraan pertama kami adalah di kaki Gunung Fuji, Kawaguchiko.

Dari Narita Airport kami menuju ke Shinjuku Station bagi mendapatkan perkhidmatan  bas express menuju ke Kawaguchiko Station.

11 Mei 2017


Lokasi Koe’s House (bewarna oren) iaitu lokasi penginapan kami yang dekat dengan Kawaguchiko Station sangat memudahkan pergerakan kami
Pemandangan Gunung Fuji dari puncak Gunung Kachi Kachi. Naik ke sini tidak perlu mendaki, perkhidmatan kereta kabel disediakan

Pemandangan Gunung Fuji dari  tepi Tasik Kawaguchiko
12 Mei 2017


Pemandangan indah semasa Shibazakura Festival. Tetapi sayang, Gunung Fuji masih malu-malu untuk menonjolkan diri  pada masa ini, masih berselindung di balik awan yang putih

Pertama kali menikmati ' Rainbow Trout With Salt'  yang disalai...

Tukang salai ikan trout..;-)
Mencuba keledek manis Jepun yang di panggang..maniss ooo..

Pertandingan Bowling HR PERKESO

Pada 21/05/2017 hari Ahad bertempat di Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, satu pertandingan bowling telah diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama anggota HR PERKESO sendiri. Pertandingan bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 1.00 petang.


Antara anggota yang terlibat dalam pertandingan tersebut
Kehadiran ahli keluarga anggota juga telah memeriahkan aktiviti ini dengan jayanya



Walaupun pertama kali memegang bola bowling, tidak menghalang kumpulan aku mendapat tempat kedua.

SELAMAT HARI RAYA

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Sempena kedatangan bulan syawal ini, saya dan keluarga menyusun sepuluh jari memo...