Monday, 24 April 2017

Mee Besen Original Melaka


Apa yg speselnya ngan nama Mee Besen ni?? Adakah meenya atau besennya?? Haha..just kidding..
Mee Besen Original Melaka
Satu khemah disediakan di hadapan restoran bagi keselesaan pelanggan menunggu giliran.

Terletak  di Pusat Niaga Durian Daun, Kg. Bukit Gedong, Melaka. Restoran ini pernah ditularkan kerana keunikan hidangan yang disediakan.


Menu utama yang disediakan


Satu besen bee hoon sup untuk 3 orang dapat dinikmati oleh seramai 5 orang dewasa 

Set Talam Western juga berbaloi untuk dinikmati seisi keluarga 

















Makanan yang disediakan disini sangat sedap dan amat berbaloi untuk menjamu selera seisi keluarga. Dengan harga yang berpatutan dan menu yang istimewa, saya syorkan kepada semua untuk mencuba menu disini..

PERKESO Run & Ride 2017






Pada Ahad, 16 April  2017 lalu, PERKESO dengan kerjasama DBKL telah menganjurkan program PERKESO Run & Ride untuk kali ke-3. Program ini diadakan serentak dengan KL Car Free Morning (KLCFM) bertempat di Dataran DBKL 1, Kuala Lumpur. Aktiviti yang diadakan adalah seperti berbasikal dan berjogging sejauh 7 kilometer dan dianggarkan penyertaan lebih daripada 2,000 orang . Program kali ini juga turut diadakan majlis Pra Pelancaran Hari Pekerja 2017 yang bakal menjelang pada 1 Mei 2017 nanti dengan slogan "Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi".

Berbagai aktiviti menarik diadakan tetapi yang paling menarik adalah cabutan bertuah dimana hadiah-hadiah yang disediakan adalah agak mahal seperti basikal lumba dan mountain bike yang dianggarkan bernilai antara RM 1,000.00 hingga RM 3,000.00 sebuah. Kepada yang bertuah tahniah diucapkan manakala yang tidak bernasib baik sila cuba lagi ditahun hadapan..haha..(termasuk aku la tue..hihi)Antara gambar boleh aku kongsi :

Peserta mula berkumpul sejak pukul 5.00 pagi.


Peserta memulakan larian pada pukul 7.00 pagi

Monday, 3 April 2017

PUSAT REHABILITASI PERKESO

PERKESO



Apa yang anda tahu mengenai PERKESO? 

PERKESO adalah satu badan yang menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada semua pekerja dan tanggungan mereka menerusi skim-skim keselamatan sosial berasaskan konsep masyarakat penyayang .

Keselamatan sosial ialah konsep perlindungan yang diwujudkan oleh masyarakat secara umumnya bagi melindungi ahli-ahli masyarakat daripada kejadian luar jangka yang menyebabkan kekurangan atau kehilangan pendapatan.

PERKESO mentadbir dan melaksanakan dua jenis skim yang dikenali Skim Insurans Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat. Skim Insurans Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada para pekerja daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit khidmat dan kemalangan semasa pergi-balik kerja yang berkaitan dengan pekerjaan. Skim Pencen Ilat pula memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja terhadap keilatan atau kematian akibat sebarang sebab.

Adakah anda tahu kewujudan Pusat Rehabilitasi PERKESO dan apakah peranannya dalam membantu orang berinsurans dan tanggungannya dalam meneruskan hidup? 

Pusat Rehabilitasi PERKESO di Bandar Hijau, Hang Tuah Jaya, Melaka

Pusat Rehabilitasi PERKESO Pusat Rehabilitasi PERKESO merupakan sebuah projek yang telah bermula sejak tahun 2008 lagi dan setelah bertahun dalam proses perancangan dan pembinaan, akhirnya Pusat Rehabilitasi PERKESO ini semakin nyata. Pusat Rehabilitasi ini dibina dengan motif yang murni; iaitu untuk membantu orang berinsurans PERKESO ataupun pekerja untuk dipulihkan secara fizikal dan vokasional dan akhirnya kembali ke alam pekerjaan.

Antara modul rehabilitasi yang ditawarkan di Pusat Rehabilitasi PERKESO adalah Fisioterapi, Terapi Cara Kerja, Optometri, Audiologi, Vokasional dan kemudahan lain yang melibatkan Penginapan Wad dan Hostel.

Dengan membawa konsep penginapan bertaraf hotel, Pusat rehabilitasi PERKESO pastinya menyediakan kemudahan istimewa dan lengkap kepada para pesakit yang tiba bagi menjalani rawatan pemulihan. Pusat Rehabilitasi PERKESO mempunyai 2 blok asrama yang mempunyai 150 buah bilik yang memberi kemudahan lengkap kepada pesakit dan penjaga. Setiap yang hadir juga bakal mendapat layanan yang terbaik dari setiap anggota pegawai khidmat pelanggan untuk mempermudah rutin harian bagi menjalani rawatan. Kelengkapan yang disediakan pastinya dapat memberikan keselesaan serta fokus kepada pesakit untuk menjalani rawatan pemulihan.

Para pesakit yang hadir dengan keadaan kesihatan yang pelbagai juga akan diberikan kemudahan wad disamping dibekalkan rutin pemakanan yang diselia khas mengikut keperluan diet pesakit oleh Ahli Dietetik.

Sebagai sebuah Pusat Rehabilitasi yang bertaraf antarabangsa, segala fasiliti dan kemudahan yang disediakan pastinya dapat membantu serta memberi impak positif kepada program pemulihan yang dirangka disamping mewujudkan semangat baru kepada para pesakit.






Pusat Rehabilitasi PERKESO juga menyediakan langkah yang realistik demi membawa para pesakit untuk lebih berdikari dan kembali ke alam pekerjaan.

Antara bidang utama yang ditawarkan di bahagian pemulihan secara vokasional adalah:

  1. Latihan kemahiran Insaniah, Motivasi dan Bahasa
  2. Latihan Kemahiran Elektrik dan Elektronik
  3. Latihan Kemahiran Rekabentuk
  4. Latihan Kemahiran Jahitan
  5. Latihan Kemahiran Hospitaliti

Pusat Rehabilitasi PERKESO bakal menjadi peneraju dalam melahirkan pelatih yang berkualiti dan setaraf dengan pelatih normal. Justeru, usaha murni untuk membawa para pesakit kealam pekerjaan dilihat lebih jelas apabila Pusat Rehabilitasi PERKESO dijadikan sebagai pusat bertauliah bagi penganugerahan sijil kemahiran kepada pelatih separa OKU atau OKU dan seterusnya diterima bekerja sebagai pekerja berkemahiran dan terlatih.


*Untuk rujukan yang lebih terperinci, sila lawat www.perkeso.gov.my

SELAMAT HARI RAYA

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Sempena kedatangan bulan syawal ini, saya dan keluarga menyusun sepuluh jari memo...